Hamim Samuri
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri (gambar) berkata, jumlah tersebut yang mewakili kira-kira 30 peratus usahawan PKS adalah amat besar dan keadaan itu merugikan kerana setiap daripada mereka berpotensi untuk dikomersialkan.
“Antara sebab usahawan PKS terbabit yang kebanyakannya bumiputera tidak mahu mendaftarkan perniagaan dengan SSM ialah mereka tidak mahu mengisytiharkan pendapatan kerana takut dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Mereka juga tidak berminat untuk memajukan perniagaan ke tahap lebih besar kerana mengusahakan PKS secara sambilan dan bukan sepenuh masa sedangkan potensi untuk melakukan nilai tambah kepada perniagaan terbuka luas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ledang, Serom dan Gambir dan Majlis Muhibah 2014 di PDK Tangkak, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) negeri, Datuk Daud Arbah dan Pengerusi Bersama PDK Tangkak, Datuk Goh Tee Tee.
Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, pendaftaran SSM akan melayakkan usahawan PKS menerima pelbagai keistimewaan antaranya diberi bantuan kewangan serta bantuan dalam bentuk geran yang membolehkan penambahan modal serta pembelian peralatan atau kemudahan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa kira-kira 77 peratus daripada 650,000 usahawan PKS yang berdaftar dengan SSM supaya turut mengembang perniagaan sedia ada kerana didapati perniagaan mereka yang majoritinya bumiputera masih di takuk lama.
Beliau memberitahu, ketika ini 650,000 usahawan itu menyumbang kira-kira 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun dan jika kapasiti perniagaan dibesarkan, mereka dijangka menyumbang 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/180-000-usahawan-pks-disaran-daftar-dengan-ssm-1.22936#sthash.vVlWwVal.dpuf
No comments:
Post a Comment